Wednesday, January 23, 2013

Ya Rasulullah Ya HabibAllah ♥


Ya Nabi salam alaika..Ya Rasul salam alaika..Ya Habib salam alaika..Solawatullah 'alaika.. ♥

Assalamualaikum warahmatullah hita'ala hiwabarakatuh soleh wa solehah
Salam ukhuwah fillah,Salam sejahtera serta salam perpaduan.Allahuakbar! eceh,macam jadi MC majlis pula. asiff jiddan. maafkan saya. hihi Diharapkan agar semua para readers sihat walafiat,dikurniakan kesejahteraan yang baik dan kehidupan yg ceria pada hari ini ye.InsyaAllah Biznillah. Jika kamu bernawaitu perkara yang baik baik,pasti Allah SWT akan mendatangkan kebaikan dalam kehidupanmu.

Ya Rasulullah Ya HabibAllah.
 Pada 12 Rabiul Awal yang jatuhnya pada hari Isnin (Dari hadith riwayat muslim) 1434 Hijri , 20 april Tahun Gajah. (Maulidur Rasul) adalah hari keramat keputeraan Rasulullah SAW,Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rindunya akan Rasulullah SAW. Tinggalan yang digelar sunnah itulah yang menjadikan kita dekat dengan baginda. amalkanlah segala sunnah Rasulullah dan berusahalah menegakkan sunnah yang di amanah buat kita. InsyaAllah rindu pada Rasulullah akan terubat. Bukankah indah namanya itu? Sangat Indah.SubhanAllah. memang benar Rasulullah telah lama meninggalkan kita, tetapi segala jasa dan pengorbanan baginda begitu besar, tetapi Rasulullah SAW sentiasa dekat di hati. Nabi Muhammad SAW ialah nabi yang tergolong dalam Rasul yang bergelar Ulul Azmi. Ulul Azmi bermaksud cekal dan tabah hatinya serta mempunyai keazaman yang amat tinggi semasa menyebarkan Islam. Rasul Ulul azmi ada 5 iaitu, Nabi Nuh AS.Nabi Isa A.s ,Nabi Ibrahim A.s, Nabi Musa A.s da Nabi Muhammad SAW. Jom ikuti keterangan miss hlovate tentang sifat sifat Rasul dan ida nak share ni berkenaan tentang kisah Nabi Muhammad SAW ketika dilahirkan dan dibesarkan. Sungguh tabah hatinya.

SIFAT SIFAT RASUL Ulul Azmi.
*Siddiq
*Fatanah
*Tabligh
*Amanah

Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang menegakkan satu sunnahku pada akhir zaman, kamu umpama mendapat 100 pahal syahid.


Kisah Nabi Muhammad SAW.



Aminah ialah bonda baginda,Abdullah Ayahanda baginda.Sungguhpun Muhammad SAW ketika lahir tidak berbeza dgn bayi bayi lain tetapi keadaan sekeliling amat luar biasa.SubhanAllah. Aminah tidak berasa sakit semasa melahirkan.Muhammad lahir dgn selamat dan disaksikan oleh Mak Bidan.


Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.
“Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu diatas,,” kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas.
“Luar biasa anak ini, ” ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. “Apa yang luar biasa?’ Tanya Aminah. “Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan.”
Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramia.
Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.
Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. “Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini,” kata diantara wanita yang datang itu.
Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.
“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.
Sungguhpun begitu nasib Muhammad sungguh malang. Ketika dia dilahirkan, bapanya sudah kembali kerahmatullah. Bapanya meninggal ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Kira-kira dua bulan sebelum Muhammad lahir, bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Dia tidak sempat melihat wajah anak yang ti tunggunya. Sebagai seorang isteri, yang punya kasih sayang terhadap suami, Aminah mengalami penderitaan yang hebat.
Tetapi, Aminah tetap sabar. Orang yang dikasihi pulang kepada Allah. Abdullah jatuh sakit dalam perjalanan pulang dari Syam. Abdullah adalah seorang ahli perniagan. Dia selalu merantau kerana urusan perniagannya. Kali akhir dia mengembara untuk berniaga ialah ke Syam. Dalam perjalanan pulang, dia singgah di Madinah. Sampai di situ Abdullah jatuh sakit.
Tapi, dari hari ke hari penyakitnya semakin tenat. Dia puas juga berubat, tapi tidak juga sembuh. Akhirnya dia menhembus nafas yang akhir. Aminah seolah-olah hilang akal. Hatinya bertambah sedih bila mengingatkan bayi yang akan lahir, tidak mempunyai ayah.
Aminah tidak dapat mengawal perasaannya dia menangis semahu-mahunya. Tetapi orang ramai menyabarkan Aminah. Perasaan dan hati Aminah dijaga. ” Itu semuanya kehendak Tuhan. semuannya kekuasaan Tuhan” pujuk orang ramai.
Abdul Mutalib, Abu Talib menjaga hati Aminah sebaik-baiknya. Mereka tahu bagaimana perasaan seorang wanita yang kehilangan suami buat selama-lamanya. Memang berat penanggungan itu. Seberat bumi dan langit.
Akhirnya, perasaan Aminah yang berkocak itu damai sedikit demi sedikit. Perutnya makin sehari semakin membasar. Hari yang ditunggu-tunggu semakin dekat. Akhirnya, saat yang dinanti-nanti itu tiba juga.
Pada malam Aminah hendak melahirkan Muhammad tidak ada apa-apa tanda pada dirinya. Aminah menyangka lambat lagi anaknya akan di lahirkan. tapi dengan tiba-tiba sahaja di subuh hari itu, Aminah melahirkan Muhammad.
lahirnya sungguh0sungguh mengejutkan keluarga Aminah, kampung Al-Irash, tempat kelahiran itu riuh rendah dengan berita baru. Muhammad sejak di lahirkan sudah daoat menarik hati orang ramai. Sebagaimana anak-anak lain, Muhammad tetap diberi susu oleh ibunya sendiri. Ketika itu memang ramai wanita yang rela menyusukan Muhammad, tapi Aminah tidak memberikan diperingkat awal.
Abdul Mutalib, datuk Muhammad nampaknya begitu gembira kerana dia mendapat cucu. Kehilangan Abdullah, bapa Muhammad di Madinah dulu, benar-benar terasa baginya. Tapi bila Muammad lahir, seolah-olah itulah sebagai ganti Abdullah dan Muhammad sebagai bayi yang disayangi.
“Aku namakn dia Muhammad” kata Abdul Mutalib kepada Aminah dan orang ramai yang berada disitu. Abdul Mutalib bertanya Amina; “Bersetujukah kau Aminah.” Aminah hanya tersenyum, dia sendiri berasa senang dengan nama itu, walaupun timbu sedikit kehairanan.
“Muhammad ertinya yang terpuji. Aku harap dia akan menjadi manusia yang terpuji nanti” kata Abdul Mutalib dengan bangga.
Memang sebenarnya tidak ada nama Muhammad dikalangan bangsa Arab selama ini, baik yang sudah besar ataupun yang muda. nama Muhammad seolah-olah memberi ilham baru kepada Abdul Mutalib. Setelah beberapa hari badannya kelihatan begitu segar. selepas menyusu pada ibunya, dia menyusu pula pada seorang perempuan yang bernama Halimah. Halimah ialah perempuan yang biasa mengambil upah menyusukan bayi. halimah juga mempunyai anak kecil tetapi beliau tidak keberatan menyusukan Muhammad.
Kelahiran Muhammad telah memberi cahaya kepada penduduk-penduduk kota Mekah. Keadaan kota Mekah tiba-tiba bertukar wajah. Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur. Kalau ternakan kurang biak dengan mudah sahaja menjadi biak. ini adalah satu rahmat kepada penduduk kota Mekah. Sungguhpun Muhammad dijaga dengan baik hingga besar,tapi dia tidaklah hidup dalam kemewahan. Dia hidup sebagaimana kehidupan orang yang mengasuhnya. Orang yang mengasuhnya bukanlah orang kaya.

                                                                      Indahnya selawat

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya




Sungguh cekalnya Ya Rasulullah. Baginda mempunyai pandangan yang jauh,akal fikiran yang tajam,semangat juang yg tinggi,kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dlm menempuh pelbagai dugaan dan rintangan semasa menyebarkan Agama yg agung Islam yang seharusnya dicontohi oleh kita ,sama ada di waktu penghijrahan baginda dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya.Oleh yang demikian, kita sbgai umat Islam wajar bangun membina kekuatan rohani seimbang dgn kekuatan mental dan jasmani sperti yg ditunjukkan oleh baginda,Rasulullah SAW dalam menyebar luas syiar Islam seperti laut yang tiada penghentiannya. Kita, generasi y ini lah yang bertanggungjawab mempertahankan agama Allah SWT. Agama Islam adalah Agama kita. Demi Allah,jika bukan sekarang bila lagi? #Allahuakbar. jangan kelak menangis akibat terlewat untuk mengumpul Amalan. Nauzubillahiminzalik. jauh jauhkan lah dari ku perkara itu.

Rasullulah kau lah sinar hidupku. Kau insan yang membawa tonggak kebenaran dan kebahagiaan dlm diriku.Yg mengalirkn cinta di dlm jiwaku. Yang mengalirkan kasih dalm degup jantung ku,Rasullulah ku harap kita dipertemukan, ku raih syafaatmu.  

Salam Maulidur Rasul buat semua para followers dan hamba hamba Allah SWT yang dikasihi di dunia ini. Terima Kasih.

2 comments:

fatintt said...

Perkongsian yang bagus..Tak jemu baca sirah nabi :')

Nur Nabilah Syahirah Bt Zainol said...

Assalamualaikum Norsyahidah...
Subhanallah, tersentuh hati ketika membaca entri syahidah... Suatu perkongsian yang menarik yang sememangnya tidak boleh ketinggalan... Terima kasih... :)