Thursday, April 25, 2013

Muslimah solehah ♥


♥BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM♥

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh soleh wa solehah. Salam ukhuwah fillah.
Sesungguhnya ana sememangnya rindu para readers semua. Rindu sodiqin semua. Rindu nak blogwalking di blog islamik yang awesome. tetapi, aktiviti ana terhad. kerana tahun ini, ana bakal bertempur di Medan PMR. Jadi, masa yang lebih kepada studies ana. asiff jiddan,maafkan ana kerana sudah 4bulan tidak update entry baru yee. Semoga dapat dimaafkan. hihi. Hari ini ana nak berkongsi ilmu. tentang ' muslimah solehah'.

Wahai Muslimah, Sesungguhnya Allah SWT cinta kepadamu.Rasulullah SAW kasih kepadamu.
Oh Muslimah, berbahagialah kau kerana telah dilahirkannya dgn mulia.
SubhanAllah ,Allah SWT juga memberkati wanita yg cukup ilmu dan rendah hati.
oh Muslimah,busana mu menutup rapi, auratmu kau lindungi dgn indahnya.
oh Muslimah, kau rajin memuji, Islam kau jadikan ikutan sejati.
Oh Muslimah ,dan kecantikan yg sebenar adalah pada tutur kata yang penuh berhikmah.
(petikan nasyid nazriy johani- Muslimah)


  Wahai Hawa, Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)



Ingatlah, Aurah hawa adalah seluruh tubuh badan kecuali permukaan muka dan kedua dua belah tapak tangan. Jadi, bagaimana hawa? Tutuplah dengan rapi, Peliharalah aurah mu seperti kamu menjaga nyawa mu, kerana aurat itu adalah mahkota indah hawa yang amat tinggi nilainya. Terbuktilah zaman kini adalah akhir zaman. Jika kita lihat, masih ada lagi sesetengah wanita Islam di Malaysia mahupun di dunia yang masih tidak mahu menuruti perintah Allah SWT, bahkan masih mahu melakukan larangan Allah SWT seperti mendedahkan aurat.Ada yang langsung tidak memakai tudung,ada yang memakai tudung tetapi jarang yakni nipis kainnya, ada yang memakai tudung tetapi sanggul tinggi melangit, ada yang pakai baju singkat sendat, ada yang pakai seluar ketat macam semut api. Astaghfirullah alazim, Lihat diri kita hawa. Lihatlah! Jika aurah kita masih belum ditutup rapi, Maka tutuplah! Bersegeralah bertaubat kepada Allah SWT. Sesungguhnnya busana indah yang dipakai oleh Muslimah ialah tudung yang menutupi dada, baju yang labuh dan tidak sendat, seluar yang longgar dan tidak ketat serta memakai stokin ( kaki itu juga aurat ). 


                                                          Rasulullah SAW bersabda:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Wahai Hawa, tidakkah kita takut pada azab neraka Allah SWT yang sungguh perit lagi pedih. Sambaran dan panahan setitis api neraka mampu menghancurkan manusia sehingga lebur badannya. Astaghfirullahalazim. LailahaillAllah. Tidakkah kamu takut? Jika kamu mendedahkan auratmu 24 hours, bermakna dosa mu sentiasa update 24 hours. Wallahualam. tidak takutkah kita , apabila rambut panjang yg didedahkan di gantung dan dibakar berulang kali di neraka kelak? Perit,pedih. Ana pasti wahai hawa, semua tidak inginkan destinasi menuju neraka Allah SWT, dan mahukan destinasi untuk menuju syurgawi Allah SWT. Tetapi hawa, kamu tidak berusaha! Berusaha untuk apa? Lihat diri kamu,masih belum menutup aurat, tutuplah aurat. Masih belum menunaikan solat 5 waktu secara istiqomah, solatlah! Jika tutur katamu tidak berhikmah, jadikanlah ia berhikmah! 


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)




Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  • Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.




Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


                                                            (Surah An Nur Ayat 31)


Semoga entry kali ini, menjadi manfaat yang jitu kepada para sodiqin yang ana sayang semua yee.Dan semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan urusan ana dalam berdakwah Lillahitaala.  Ingat pesan ana ye hawa! Let's Hijrah kepada yang lebih baik. Daripada zon jahiliyah kepada zon Islamiah. InsyaAllah

14 comments:

Fais-SKA said...

Assalamualaikum..salam ukhuwah..sy doakan semoga awk tenang mghadapi pmr nati..smoga d'permudahkan urusan olehNYA..

Norsyahidah Zulkarnain said...

To S.K.A : Waalaikumussalam. salam ukhuwah fillah aidhan. InsyaAllah Allahumma Aamiin. syukran yee :)

Athirah said...

waa... adik rupanya awak (^___^)
bittaufiq wannajah fil imtihan ea nanti ^_^

Azwar Syuhada said...

Assalamualaikum adik syahidah!! Salam ukhuwah!! Moga adik, dipermudahkan menjawab peperiksaan PMR!! suka baca entry adik.. :)

Unknown said...

Goodluck sayang. Haha

Bunda_nora said...

Assalam, salam ukhuwah dari bunda..

Unknown said...

Assalamualaikum...salam ukhuwah kembali Adik Syahidah. Alhamdulillah..perkongsian yang sangat bermanfaat. Moga sentiasa diberkati oleh Allah dan berjaya dalam PMR nanti ya.. :)

Lieza Nordin said...

smga bjya pmr ye dik :) teruskan usaha.. jgn lupa berdoa :DD smga bjya sllu :))

ஐ iqwa-niera ஐ said...

salam ukhuwah..:)http://mujaheedahcintailahi.blogspot.com/2013/05/ustazah.html

semoga kita semua dpt mnjdi wnita solehah..:)

Mizz Aiza said...

assalamualaikum.. salam ukhwah.. seindah hiasan adalah wanita solehah..

Unknown said...

Assalam..
nice sharing..moga entry ni bermanfaat utk muslimah2 di luar sane :)

fragmenbiru said...

Allahu Akhbar.. Subhanallah,Mahasuci Allah yang menciptakan wanita dengan penuh kelembutan,moga hatinya lembut untuk menerima dan mentaati perintah Allah..
Amin..

Latifahzainal said...

tq atas perkongsian..good luck utk pmr ..

shahrilhakime said...

tutup aurat dengan sempurna...dan bukannye balut aurat... tahniah dik!!