Sunday, June 23, 2013

Salam Nifsu Syaaban ♥

             
 

                    رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي

              أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةًمِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْل 
  
Assalamualaikum waramatullah hita'ala wabarakatuh ammaba'.
Syukur ke hadrat Allah SWT, nyawa masih di kandung badan,masih ada kudrat untuk berkongsi pendapat dan ilmu kerana Allah SWT . Alhamdulillah.Allah SWT panjangkan umur hamba hambaNya. Kerana apa? Ada hikmah yang tersirat dan tersurat di sebalik tabir yang terjadi. SubhanAllah, Allah SWT sudah aturkan yg terbaik, Gred 'A' lagi. Segalanya tersusun rapi,tersergam indah,terkawal elok.

Saban hari, kes jerebu di dunia semakin teruk. Suhu dunia semakin meningkat. Ais di kutub utara dalam proses untuk mencairkan diri. Wallahualam. Allah SWT nak tunjuk kepada ummat manusia semua, tentang kebesaranNya. Betapa Agung lagi Maha bijaksananya Allah SWT.

Salam Nifsu syaaban juga ya sodiqin. serba sedikit pengenalan ye.Ramadhan is loading. SubhanAllah. rasa dah tak sabaq nak mengorak langkah menuju Ramadhan, berpuasa dalam bulan yang mulia.
Nifsu bermaksud setengah. Syaaban ialah bulan Syaaban dalam kalender Islam.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.


Wallahua'lam...

2 comments:

ANISRAHIM said...

X sempat nk ucap salam nisfu syaaban :)

Akak ucap selamat berpuasa la ye :)

Norsyahidah Zulkarnain said...

Anis: Syukran jazilan kak anis. Salam Ramadhan juga :)