Assalamu'alaikum and hi everyone! May this day become a better day for you ya. Honestly, it has been so long, no latest entry published. Probably my last entry was published on June last year but Alhamdulillah today I have an opportunity to be here, typing my keyboard and eagerly want to share with all of you about this one piece of advice. The arabic quotes of "Ma QadarAllahu Khair".
Nukilan Norsyahidah Zulkarnain
"The way we die is depends on the way we lived indeed" - Prophet Muhammad SAW . Anak mama abah Pengemis cinta Al Wadud #SahabatYadim #Eldaie annursyahidah.blogspot.my
Saturday, October 26, 2019
Ma QadarAllahu Khair
Assalamu'alaikum and hi everyone! May this day become a better day for you ya. Honestly, it has been so long, no latest entry published. Probably my last entry was published on June last year but Alhamdulillah today I have an opportunity to be here, typing my keyboard and eagerly want to share with all of you about this one piece of advice. The arabic quotes of "Ma QadarAllahu Khair".
Friday, June 29, 2018
Journey to Maldives ✈
Baik, In shaa Allah seperti yang saya niatkan sebelum ini untuk berkongsi sedikit pengalaman,total budget juga tips sebelum kalian semua menjejakkan kaki ke bumi Maldives yang terkenal dengan 'cantiknya lautan biru jernihnya air yang berombak'. Untuk pengetahuan semua since ramai yang bertanya saya , "Maldives di mana ye?" . Maldives adalah sebuah negara republik majoriti Muslim yang terletak berdekatan dengan laccadive ocean dan juga berdekatan dengan indian ocean.. lokasi di bawah negara India (dalam peta) , jadi rajin rajin check peta dunia ye, sbb dulu masa subjek Geografi sekolah rendah even Sejarah SPM, takda pun reveal pasai Maldives ni. hihi. Yang pastinya Maldives kini menjadi sebuah negara yang berkembang dalam sektor perlancongan.
Jadi saya nak share juga itinerary kami selama 5 hari 4 malam di Maldives,Maldives ni banyak sangat pulau (local island and private island) , lebih kurang 100 pulau, banyak bukan? Jadi untuk percutian budget kalini kami ke local Island yang sungguh menjimatkan dan view juga cantik as well as air laut yang jernih. Maafushi Island,Sand Bank,Hulhumale Island, Male (Capital city of Maldives):-
23rd June 2018
waktu Malaysia
4am - bertolak ke KLIA2 (since kami naik Air Asia- ticket flight cuma rm400 pergi balik, ada promotion so kena rajin rajin follow up Air Asia kt socmed)
6.30am- Check in luggage
8.30am - Depart (4hours to Velana International Airport,Maldives)
12.30noon /9.30 (waktu Maldives) - Arrived at Velana International Airport . waktu Maldives lewat 3 jam dari Malaysia.
waktu Maldives
Dari Airport ke Male , kami plan nak jimat kos, so kami naik ferry yang akan transit/ berhenti di Male dahulu dan perlu naik ferry lagi di terminal yang berlainan untuk ke Maafushi Island .Sebenarnya, ada pilihan pengangkutan untuk ke Male , 2 options sama ada ferry atau speedboat. ferry 2USD per person include child, speedboat (boleh terus ke Maafushi Island tanpa transit di Male) mahal sedikit berbanding ferry -25USD- RM100 per person... Di Male, kami berehat sebentar di salah satu restaurant di sana sebab kalau nak terus pergi Maafushi terminal ferry, kat sana tiada tempat berehat..
1.30pm- Naik cab untuk ke terminal ferry (to Maafushi)
2pm - Tukar plan naik speed boat sebab ferry agak lewat baru bergerak. jadi kami ditawarkan dgn 15USD per person pd waktu tu naik speedboat mengambil masa 30 minit berbanding ferry 1.30 jam ke Maafushi Island.
2.30pm -Tiba di Maafushi Island, Check in Narnia Resort ,RM 165 per day (a room with one queen bad) , kelengkapan semua tiptop , semua adaa.. termasuklah breakfast untuk kami, jadi untuk di Maafushi Island kami menginap selama 3 malam. Layanan kat Narnia Resort saya boleh bagi 5 out of 5 . Tip top service!
Petang tu kami dah start mandi pantai, since petang petang, air di Maafushi Island (bikini beach- beach untuk bermandi mandi) agak keruh disebabkan hujan ,cuacan yang tidak menentu.. tapi pd keesokan harinya air laut kembali jernih. Alhamdulillah Ma shaa Allah sangat cantik. Kat Maafushi ni banyak water sport activity.
24th June 2018
Kami banyak mengisi masa dengan bersiar siar pagi, untuk lihat sunrise pada waktu syuruk dan banyak menghabiskan masa bermandi pantai.. sebab tuu gelap muka. legam sudah. huhu . Malam kami banyak berehat sebab nak kumpul tenaga untuk Half day trip pd keesokan harinya... Makanan dri Malaysia mmg kami dah siap siap bawa (Sardin pack Ibrahim, Roti, Maggi kari ayam goreng, ikan bilis , nasi impit adabi)
25th June 2018
8.45am- Ready untuk half day trip 20USD . Trip ni trip yang jimat dan puas In shaa Allah.. Ada 4 checkpoints
1.Manta point/Banana Reef- tengok bermcam jenis ikan eg. nemo (ikan ni je yang satu tahu hehe , ada juga ikan yang kulitkan biru and ungu tak pasti nama ikannya but cantik)
2.Turtle
3.Dolphin cruise
4.Sand Bank (Pulau kecil yang setaraf private island cantik sangat permandangan laut yang jernih ala ala turqoise)
26th June 2018
Bergerak Hulhumale Island (mcam biasa dri Maafushi Island naik ferry-tiba di Male- dan perlu naik ferry lagi menuju Hulhumale Island.
27thJune 2018
Kembali ke Malaysia,Tanah Air tercinta.
Total Budget:-
Flight-RM400 (pergi balik)
Penginapan-600
Pengangkutan (teksi +ferry/speedboat)- haritu kami naik speedboat sekali saja. yang selebihnya naik ferry untuk ke destinasi pulau RM 150
Makanan- RM100 boleh berjimat dengan bawa dari Malaysia.Tapi kalau nak cuba masakan Maldives apa salahnya, tapi so far kat sini ayam panggang agak kecil walaupun dengan nilai yang tinggi. hehe
Souvier- RM50 (ada yang murah ,mcm fridge magnet)
Half Day Trip -RM80
Total: RM 1380 per person ( kalau pergi ramai ramai boleh divide kos penginapan , kurang dari RM 1380 In shaa Allah
Inilah total percutian budget pada kalini. kalini saya belanja wang untuk flight dan souvenir sahaja, selebihnya jasa baik kakak saya untuk sponsor.Alhamdulillah, rezeki kita lain lain kan, ada yang direjekikan jiwa yang tenang, direjekikan travel sini sana, direjekikan dalam family yang bahagia.apa apapun bersyyukurlah dengan apa yang ada, dan jangan lupa untuk kongsi rejeki dgn orang lain.
TIPS sebelum ke MALDIVES.
1.Persediaan- pastikan buat research awal awal nak ke mana, local Island percutian budget bawah rm1500, kalau private island mahu mencecah 5k water villa semalam.. Kena target nak berkunjung ke Island mana, macam kami , kami attack Maafushi Island, pun cantikk dah.
2.Plan tentatif (snorkeling, bersantai di pantai, sports water activities)
3.Bawa makanan dari Malaysia kalau nak jimat sbb makanan kat sini meme mehey..
4.Bawa sunscreen/sunblock 100+ not 50, hehe kena lebih sikit kuasa sunscreen, sbb panas laut lain macam sikit.. macam saya kalau terkena matahari sikit, dah berbelang muka.. Redha
5. Bawa topi pantai (membantu menghalang kulit wajah anda yang mulus tu dri terkena terikan matahari
6. Pengangkutan -: Nak jimat naik ferry, ada duit lebih sikit naik la speedboat (kalau nak cepat sampai), jangan naik lori. lori mahal satu orang 1USD. baik naik teksi sajaaa 35rf murah sajaa
7.Banyakkan berdoa during Musafir okke.
Semoga bermanfaat untuk semua. Aaamiin
Tuesday, February 6, 2018
Travelog Familia Zulkarnain
23rd-29th january 2018
Saturday, January 6, 2018
Jiwa Yang Tersedar
بسم الله الرحمن لرحيم
Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan dan hadiahkan. Hari silih berganti namun masih terus diberi peluang hidup untuk kembali mencari jiwa sendiri lalu dibawa pergi untuk kembali kepada Pencinta hakiki. Alhamdulillah.
Rasulullah SAW bersabda: Setiap daripada anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan. Dan sebaik baik pendosa adalah mereka yang bertaubat kepada Allah SWT. (HR Tirmidzi dan Ibn Majah)
Renungan untuk jiwa jiwa kita semua . Jom sama sama berazam untuk jadi hamba Allah yang baik . Sebesar mana pun dosa dan kesalahan kita sebelum ini. Allah ada Allah Maha Pengampun,Allah mengampuni segala dosa dosa asalkan kita ikhlas benar benar kembali kpd Allah.
Tetapi bagaimana pula jika kita TERJATUH lagi?
Allah tetap ada. tetap ada. tetap ada mengampuni kita. asalkan kita jangan penat untuk bertaubat kepada Allah ta´ala. Bertaubatlah kepada Allah hingga kita bertemu Dia.
wAllahu´alam bissowab.
Masih banyak yang perlu dipelajari, masih banyak yang perlu difahami, moga Allah selalu beri kefahaman agama kepada setiap diri, agar terpandu jalan bertemu Pencipta yang HAKIKI. Aameen Ya Rabbana.
Alhamdulillah baru berkelapangan untuk menulis di ruang ini. saya kira ruang dan medan ini harus saya manfaatkan agar ruang dan medan ini menjadi manfaat buat saya kelak. Ingat hidup biar berjasa. Jangan kita seorang jaah niat nak masuk syurga. Baiki diri dan serulah orang lain. Kalau boleh nak semua hamba Allah di muka bumi ni sama sama dapat masuk syurga Allah yang tertinggi, Syurga firdaus. Aameen. Doakan saya. Hamba yang Hina. Syukran.