Friday, January 11, 2013

Wanita Solehah ♥

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ya akhi ya ukhti. 
Salam sejahtera serta salam rindu ingin ida ucapkan kepada para pembaca yang sudi menjengah blog miss hlovate, dan tidak keberatan untuk curi sedikit masa membaca nukilan seorang yg hanya bergelar wanita biasa. wanita yang tidak mempunyai Iman dan taqwa seteguh Sumayyah. Tetapi di setiap saat diri tetap berterusan mencuba demi mengejar keredhaan daripda Allah SWT. Readers yg disayangi sihat dok? diharapkan semua sihat sihat blako dan senyum sokmo booh. bak kata akhi danial rizan. sebelum itu,asiff jiddan sebab dah lama tak update new entry untuk tatapan readers. minta maaf sangat sangat. Disebabkan faktor kesempitan waktu lapang. hihi that is the main factor! Allahuakbar. memandangkan pada tahun ini ida bergelar calon PMR last batch 98' 2013, masa banyak diluangkan untuk menatap buku kesayangan. Readers sayang,doakan buat tuan blog ini ye.InsyaAllah. jika ada usaha, doa dan tawakal kepada Allah pasti kan berjaya. ''Iringi dengan usaha,harungi dengan akal, dan berserah dengan doa dan tawakal'' .
 Amin Amin yarabbal Alamin

huahuahua. intro pun sudah panjang inikan pula isinya. mari kita saksikan. hehe jeng jeng jeng~
hari ini ida nak kongsikan serba sedikit kisah teladan, hadith dan pengajaran tentang wanita solehah. itulah tajuk pada hari ini. Wanita solehah bagaikan sutera yang lembut,memiliki akhlak yang sopan santun, kelembutannya tidak akan pernah tewas dengan kekerasan, dan wanita sebenarnya adalah insan yang tabah menghadapai ujian Allah SWT walaupun Allah SWT menjadikan wanita dgn kelembutan. Imej luaran tidak seharusnya dinilai sebelum kita mengenal akhlak dan budi pekerti seseorang insan itu. Ingat! . Wanita solehah, jika di Malaysia kita dapat lihat jenis jenis wanita,sama ada solehah ataupun hanya bergelar wanita? Allahuakbar! Wanita yang bergelar solehah itu adalah wanita yang melindungi auratnya, yang menjaga setiap bait tutur katanya, pelihara maruahnya dan akhlaknya, Demi mengejar barakah dan keredhaan dari yang Maha Esa, Allah SWT.


WANITA SOLEHAH SUMBER INSPIRASI
SIAPAKAH Wanita Solehah itu ayah? seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya “ Si ayah pun menjawab: “Anakku, wanita solehah itu ialah mereka yang cantik budi bahasa dan bukan hanya dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata kerana kecantikan wajahnya itu hanyalah satu pra syarat  kecil tetapi yang penting ia dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.

Wanita solehah tidak dilihat dari bentuk tubuh badanya yang mempersona tetapi dari cara bagaimana ia menutupi bentuk tubuhnya dengan pakaian yang sopan. Wanita solehah sejati bukanlah dilihat dari berapa banyak kebaikan yang diaberikan kepada kita tetapi  dari  keikhlasan dan kejujuranya.

Wanita solehah bukanlah dilihat dari keindahan lantunan suaranya tetapi ia dilihat dari apa yang dibicarakan oleh mulutnya. Dia juga bukan hanya dilihat dari keahlianya berbahasa tetapi dia dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara dan berhujah tentang kebenaran.

Wanita solehah adalah wanita yang tidak hanya berdiam diri sekadar untuk mengerjakan hal-hal yang wajib sahaja seperti sembahyang, menunaikan zakat tetapi wanita solehah adalah wanita yang mampu menjadikan hidupnya semata-mata kerana Allah, ia menjalankan hidupnya dengan baik termasuk hubunganya dengan masyarakat.
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki idamanya. Dia harus taat kepada Tuhannya dan memelihara dirinya dari berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta-harta suaminya.
Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW kerana Baginda adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita dari diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk menjadi wanita solehah dan menerima pahala syurga yang penuh dengan kenikmatan dari Allah SWT. Mereka hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu: Taat kepada Allah dan rasulnya dan taat kepada suami.

Siapa pula Wanita cantik itu ayah? tanya anak gadis kecil itu lagi. “Wanita cantik itu ialah wanita yang boleh melukis kekuatanya melalui masalah, dia boleh tersenyum disaat dia tertekan, dia boleh tertawa disaat hatinya sedang menanggis, dia tabah di saat dia dihina, boleh memaafkan orang, mengasihi tanpa balasan.

Wanita itu akan terserlah kekuatanya bila dia dapat menghadapi masalah yang datang. Sama ada dia lemah atau tidak dia semakin tabah dengan dugaan yang datang kepadanya, insya Allah dia  kuat dan akan berjaya.

Wanita itu benar-benar cantik bila dia mampu melalui masalah yang dihadapinya, disaat orang lain di sekelilingya tidak boleh meneka bagaimana perasaanya sebenar. Dia sering  tersenyum tidak mengira ada masalah ataupun di sebaliknya.

Wanita yang cantik dan solehah bukan saja tertawa disaat hatinya terluka dan menanggis malah dia bersikap sedemikian kerana mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang lain . Dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan di hatinya.

Setiap yang baik itu senantiasa diuji olehnya dan salah satu daripadanya ilahi penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya, semua itu bukan halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah, ketabahan ini menjadi perisai untuk menangkis segala penghinaan.

Bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi melibatkan kesalahan yang melukakan hati namun bagi seorang wanita yang cantik, kemaafan itu senantiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang balasan. Bagi mereka kasih mereka itu ikhlas bukan kasih yang dibuat-buat malah mereka inilah membuatkan mereka kuat menahan segala tomahan dan ujian dari yang maha Esa,

Kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk dicari di mana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah. Wanita yang cantik dan solehah tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.

Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang  iaitu suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa yang dipohon dari yang maha esa.

Rasulullah SAW berdabda :
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Bersabda lagi:
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

''Wahai wanita, let's start running to the blessed path. The blessed path is Islam. Islam is the best way. InsyaAllah. Ayuh, kita mencari redha Allah SWT. usah mencari perhatian manusia tetapi carilah barakah dan redha dariNya. Labuhkan tudungmu, longgarkan pakaianmu. mudah sahaja,InsyaAllah maruahmu akan lebih terpelihara. Jom mencari gelaran 'wanita solehah' dengan banyakkan beramal kepada sang pencipta,Allah SWT.''
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah hirabbil Alamin, wassola tuwassala muala asyrafil anbiaiwalmursalin wa'ala alihi wasahbihi ajmain, Rabbigfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayana sirara, Allahumma ahyina bil Iman, wa amitna bil Iman, wa adhilna jannata ma'al Iman, qalarabbana zolamna anfusana wail lan' taghfirlana watarhamna lanakunanna minal hasirin, rabbana latuziq qulu bana baqdaiz hadaitana wahablana minladunkarahmah innaka'an talwahhab. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

            Sekian sahaja nukilan pada hari ini. Assalamualaikum. ''tidak jawap tidak mengapa, jika jawap lagi cinta ''

1 comment:

Unknown said...

SubhanAllah.Amin amin yarabbal alamin (: