Friday, June 28, 2013

Zikrullah ♥



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam ukhuwah.
 Dimulakan dengan bismillah, Bismillahirrahmanirrahim.*lambai tangan*

 Hari demi hari,masa berjalan dengan pantas tanpa mengejar, tanpa menunggu. ''Time is not wait for a men'' . .Maka dengan itu,kitalah yang harus mengejar masa.Masa kita untuk berada di dunia ini,sungguh tidak lama,sangat singkat.We need to change.We need to transform and make a different.Turn to Allah SWT now ,before we return to him later. Ajal maut itu rahsia Allah SWT. Mati itu tidak pernah mengenal USIA dan MASA. Wallahualam.


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ 
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)



ZIKIR

Zikrullah itu membawa maksud mengingati Allah SWT. Sehari kita melupakan Allah SWT, hidayah dan taufiqNya lebih jauh melupakan kita.MasyaAllah. Jom zikir.Bukan susah pun nak berzikir. Let's think for a while. When we zikir,we only take about 3seconds, not so long and we can receive rewards.  ''pahala'' for a Malay. It's so very worth it. We have nothing to lose. Indeed, Allah SWT loves the muslim who are always fill their time to zikir,remember him at all time. 

Ya soleh wa solehah, ada banyak jenis zikir. Contohnya: Takbir,Tasbih,Basmalah,Tahmid dan hauqolah.Istighfar. Sungguh,banyak benor kelebihan dan kepentingannya andai bibir kita ini tidak kering daripda menyebut nama nama Allah SWT,Zikrullah.Lillahitaala. Carilah masa untuk berzikir. 5kali sehari pun jadilah,asalkan berzikir.Pahala free pun sentiasa update! Bila dah pahala free sentiasa update,InsyaAllah bolehlah install syurga pula. Sungguh, suasana di syurga itu sungguh indah, Warna taman syurga adalah warna hijau,Warna kegemaran ya habibAllah,Ya Rasulullah SAW.



 “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35 


Jom zikir sat.
  • Astaghfirullahalazim allazila ilahailla huwal haiyul qayyum waatubuilaih
  • SubhanAllah walhamdulillah wala ilahaillAllah
  • Allahuakbar
  • Lahawlawala quwwatailla billahilaliyil azim
  • Alhamdulillah


Kelebihan berzikir

  • Dirahmati oleh Allah SWT
  • Mendapat keampunan daripda Allah SWT serta pahala
  • Dapat memberatkan timbangan Al-Mizan
  • Dapat menenangkan hati dan jiwa raga
  • Dapat menguatkan dan mencekalkan hati 
  • Dapat menginsafkan diri
  • Dapat menjauhkan diri daripda maksiat
  • Menjadi benteng kepada diri
  • Mengelakkan diri daripda sifat mazmumah (Tidak baik)
  • Dapat menenggelamkan sifat seperti orang munafiq


SEKIAN  ♥  Ma assalamah wa ilal liqa'  ♥