Wednesday, October 9, 2013

Setitis peluh ♥




Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirobbil 'alamin, 
wassolatuwassala mu'ala asyrafil anbiya iwal mursalin,wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

Allahumma Ahyina bil Iman, wa amitna bil Iman, wa adhilna jannatama'al Iman, 
Allahummaghfirlana zunubana waliwalidina warhamhuma kamarobbayani siroro,
Allahumma tahtimlana bi Husnil Khotimah, wa la tahtam 'alaina bi Su'il Khotimah.

Rabbana la tuziq qulubana ba' daizhadaitana wahablana minladun karohmah, innakantal wahhab,
Qalarabbona zolamna anfusana waillam taghfilana watarhamna lanaku nan naminal hosirin,
Rabbana atina fidduya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar,
wassolAllah hu'ala saidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam,
Tasliman kathira .Walhamdulillahirabbil 'alamin. 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Maha Gagah lagi Maha Agung.
Semoga Allah SWT redha.


Saban hari, di merata rata tempat, kelihatan ramai kaum hawa. Mereka sibuk mengembleng tenaga. Mereka merenung, mereka mencari, mereka bekerja. mereka belajar. mereka memerhati.
Tetapi, adakah mereka sempat untuk merenung seketika azab kepada golongan hawa yang menafikan suruhan Allah SWT dengan mendedahkan aurat? Adakah mereka sempat untuk mencari dan merungkai apakah erti aurat yang sebenar benarnya?

Tepuk dada. Tanya Iman. Soal hati.
Apakah jawapan 'Imanmu'?
Apakah jawapan 'hatimu'?
Wallahualam.


Ramai yang tahu. Mengatakan tahu. Berlagak tahu.
Adakah mereka faham? Adakah pengertian mereka itu dipraktikkan?
Adakah diamalkan? Adakah dijadikan pegangan?
MasyaAllah. Na'uzubillahiminzalik.

Maksud Aurat
Aurat (Bahasa Arabعورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Qurandan Hadis[1].


Perempuan: Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua dua belah tapak tangan 
Lelaki: Daripada pusat hingga ke lutut



Allah SWT berfirman: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-ahzab : ayat 59)


  1. Muka & Tangan. Asma binti Abu Bakar telah telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja” (HR. Bukhari & Muslim)
  2. Tangan “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari pada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya” (HR. At-Thabrani & Baihaqi)
  3. Mata “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukan sebagian dari pandangannya” (QS. An-Nur : 31)


Allahuakbar. MasyaAllah. SubhanAllah walhamdulillah wala ilahaillAllah wAllahuakbar.
Dalam Al-Quran sudah tertera dengan jelasnya suruhan menutup aurat.
Hadith Rasulullah SAW juga terang terangan mengenai suruhan menutup aurat.
Hukumnya WAJIB.

Adakah kamu faham istilah 'wajib'?
Wajib itu bermaksud jika tidak mengerjakan dan melaksanakan sesuatu itu, maka ia berdosa.

Menutup aurat dan memakai tudung. 
Kedua duanya membawa makna yang sungguh berbeza. Acap kali, sering melihat kaum hawa yang mengenakan tudung pada kepalanya. Tetapi, sayang. Tidak menutupi dada. Parah.

Dada “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kudung hingga menutupi dada mereka” (QS. An-Nur : 31).




Jelas bukan? 


Jom tutup aurat. Jom melaksanakan Hijrah.Semoga Istiqomah.
1.Mengenakan tudung labuh melebihi paras dada dan tidak jarang.
2.Memakai pakaian yang longgar dan tidak jarang
3.Tidak bersolek yg sehingga bertabarruj ( berlebih lebihan)
4. Memakai stokin




Tudung Labuh itu pilihan.Pilihan yang terbaik.

Setitis peluh golongan hawa yang gugur akibat berjuang menutup aurat, itu pahala.

Walaupun setitis. Itu Pahala.



Setitis peluh mengalir kerana menjaga aurat, Allah menilai.
Setitis peluh menitis kerana mendedahkan aurat, Allah juga menilai.

(Hamba Allah)


Kelebihan Menutup aurat

~> Menutup aurat, dapat keredhaan & keberkatan dari ALLAH.

~> Dapat pahala bila menutup aurat, berganda bila ikhlas.
~> Nampak macam panas, bila pakai nyaman sahaja.
~> Nampak soleh & solehah, kekadang macam ustaz & ustazah. 
~> Bantu jaga mata lelaki, lindungi diri dari lelaki jahat.
~> Bonus : Nampak lebih hensem dan sopan.
~> Bila sudah tutup dengan sempurna boleh buat pakaian untuk solat.
~> Didik diri hormat diri sendiri sebelum hormat orang lain.
~> Menyihatkan badan, tidak terkena sinaran UV, debu dan sebagainya.
~> Tingkatkan Al-Haya' (malu) dalam diri, malu tanda ada iman.
~> Satu cabang dakwah, bawa manusia cinta pada keislaman.
~> Ciri-ciri boleh dijadikan suami / isteri soleh & solehah.
~> Petanda awal ke arah insan yang bertaqwa.
~> Bukan nak tunjuk baik tapi nak jadi yang terbaik dimata ALLAH.





Pena yang ditulis ini hanyalah rekaan, sekadar perkongsian dan pencerahan.
Semoga ilmu ini menjadi manfaat dan kebaikan untuk seluruh ummat manusia di luar sana.
Yang baik jadikan pegangan yang buruk jadikan sempadan.
Say yes to Makruf.
Say No to Mungkar.
Alhamdulillah.


No comments: